Monday, 11 July 2016

5.3    PERUNDINGAN  KEMERDEKAAN

Rombongan Kemerdekaan Tanah Melayu ke London


Pada bulan Ogos 1955 Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin Parti Perikatan menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London untuk menrundingkan soal kemerdekaan Tanah Melayu. Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British. Alan Lennox-Boyd. Dalam memorandum itu, Parti Perikatan meminta dua perkara iaitu:

i.              Pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin
ii.             Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal    perlembagaan baru Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu memberi persetujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan usaha  ke arah kemerdekaan. Mereka juga meminta supaya rundingan kemerdekaan tidak diadakan dengan wakil-wakil parti perikatan sahaja, tetapi turut melibatkan wakil raja-raja Melayu. Pada  bulan November 1955, wakil raja-raja Melayu  dan parti Perikatan berunding terlebih dahulu untuk mencapai  kata sepakat tentang beberapa perkara asas seperti:
      
i.              Kawalan Kewangan
ii.             Perlantikan rakyat tempatan utnuk mengetui jabatan-jabatan kerajaan
iii.            Keselamatan dalam negeri dan penggubalan perlembagaan

Dalam rundingan itu, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan tidak akan terjejas selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada 1 Januari 1956, Rombongan Kemerdekaan bertolak ke London. Rombongan itu terdiri daripada empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Rombongan itu bertolak ke London dengan tujuan untuk berunding dengan kerajaan British bagi mendapat kemerdekaan Tanah Melayu.



                                  Nama
Jawatan
i.      Dato’ Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Ketua)   Dato’ Panglima Bukit Gantang).
ii.     Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmud
iii.    Dato’ Muhammad Seth bin Muhammad Said
iv.   Abdul Aziz bin Haji Abdul  Majid
  Menteri Besar Perak

  Menteri Besar Kelantan
  Menteri Besar Johor
Menteri Besar Selangor
Abdul Kadir bin Shamsuddin selaku Setiausaha rombongan

Rajah:  Wakil raja-raja Melayu dalam Rombongan Kemerdekaan 1956

Rundingan kemerdekaan Tanah Melayu di London dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British, Alan Lennoxz Boyd. Rundingan itu yang diadakan mulai 18 Januari hingga 8 Febuari 1956 berjaya mencapai beberapa persetujuan iaitu:

i.          Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Selepas merdeka, Tanah Melayu akan terus kekal dalam lingkungan komanwel dengan mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi.
ii.          Rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan.
iii.         Pihak British dibenarkan untuk menempatan tenteranya di Tanah Melayu.
iv.        Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan baharu Tanah Melayu.

Nama
Jawatan
1.    Tunku Abdul Rahman Putra (Ketua)
2.    Dato’  Abdul Razak bin Dato’ Hussien
3.    Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman
4.    Kolonel Hau Shek Lee (H.S.Lee)
  Ketua Menteri
  Menteri Pelajaran
  Menteri Tanah dan Galian
  Menteri Pengangkutan
T.H. Tan  ( Setiausaha Parti Perikatan) selaku Setiausaha Rombongan

Rajah:  Wakil Parti Perikatan dalam Rombongan Kemerdekaan 1956





Suruhanjaya Reid

Ahli-ahli Suruhanjaya Reid


Pada bulan 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya itu dinamakan Suruhanjaya Reid dengan dipengerusikan oleh Lord Reid dan dianggotai (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya Reid membuat beberapa tinjauan untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak, iaitu orang perseorangan, pertubuhan politik, kesatuan sekerja dan persatuan yang mewakili kepentingan golongan tertentu dalam masyarakat.

Suruhanjaya itu juga menerima 131 memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak, termasuk memorandum Parti Perikatan dan raja-raja Melayu. Memorandum Perikatan merupakan satu bentuk pakatan murni, hasil rundingan dan tolak ansur antara UMNO, MCA dengan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.`Pakatan murni’ itu mengandungi dua perkara penting, iaitu mengekalkan empat unsur tradisional dalam perlembagaan – bahasa Melayu, agama Islam, institusi beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu serta hak untuk menjadi warganegara berasaskan prinsip jus soli kepada kaum bukan Melayu.

Suruhanjaya Reid mengadakan 118 mesyuarat antara bulan Jun sehingga Oktober 1956 untuk mengkaji dan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada semua pihak. Pada bulan Mei 1957, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan yang terdiri daripada 11 orang ahli untuk menyemak dan mengkaji Laporan Reid.



Ciri-Ciri Perlembagaan 1957



Terdapat empat ciri utama dalam struktur kerajaan yang dicadangkan, iaitu:

a.         Ketua Negara bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu. Baginda memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun.
b.         Ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana Menteri yang dilantik di kalangan parti yang mempunyai suara terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri akan menubuhkan Kabinet yang menjadi badan tertinggi dalam mengubal dasar-dasar kerajaan.
c.         Sebuah badan perundangan di peringkat persekutuan, iaitu Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat mempunyai 104 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh selama lima tahun. Dewan Negara mengandungi 38 orang ahli dan mereka berkhidmatenam tahun.
d.         Ketua perlembagaan di peringkat negeri ialah raja atau gabenor. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun. Pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Pemberian taraf kewarganegaraan dibuat berasaskan perkara-perkara berikut:

a.            Mereka  yang  telah  menjadi  warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
b.            Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada  atau selepas Hari Merdeka.
c.            Mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin selama lima daripada tujuh tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.
d.            Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar Persekutuan, tetapi telah bermastautin selama lapan daripada 12 tahun yang terdahulu, dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu serta mengangkat sumpah taat setia.
e.            Pemilikan dua kerakyatan tidak dibenarkan, kecuali bagi mereka yang memiliki kerakyatan Komenwel.

Peruntukan tentang bahasa, iaitu:

a.            Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan di Tanah Melayu. Pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa asing yang lain secara umumnya tidak dilarang.
b.            Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Undangan dan mahkamah atau lain-lain urusan rasmi dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.

Terdapat dua peruntukan lain yang berhubung dengan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu, iaitu:

a.            Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas di mana-mana tempat dalam Persekutuan.
b.            Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan, iaitu berhubung dengan pemberian tanah di kawasan simpanan, kuota dalam perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain serta keutamaan dalam pemberian biasiswa, lesen perniagaan dan lain-lain bantuan kerajaan[18].


Perisytiharan Kemerdekaan


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh raja-raja Melayu dan Persuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGallivry di King’s House, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957. Perjanjian itu mengekalkan sebahagian besar struktur Perjanjian Persekutuan, 1948 dengan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan, pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri.

Pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor sebagai menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.Pada pagi 31 Ogos 1957di Stadium Merdeka, wakil Ratu Elizabeth II menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Pertama. Tunku kemudiannya melaungkan perkataan ‘merdeka’ sebanyak tiga kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang  hadir di stadium itu.

Upacara bersejarah ini disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad, kesemua raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan asing.  Pada hari yang sama, kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama diumumkan.
                                                                   

No comments:

Post a Comment